Juara Digital Pandai 2026

Grand Final

Pusingan akhir yang menentukan Juara Digital Pandai 2026 yang sebenar.

Hari

Jam

Minit

Saat

Tarikh acara: Sabtu, 19 September 2026

Lokasi: SJKC Wu Teck, Klang

Kembali ke Juara Digital Pandai 2026

Maklumat Acara

Grand Final mengumpulkan pelajar berskor tertinggi daripada keempat-empat bulan pertandingan untuk satu pusingan akhir secara fizikal.

TarikhSabtu, 19 September 2026
LokasiAuditorium, Tingkat 3, SJKC Wu Teck, Klang
Finalis100 pelajar sekolah rendah + 100 sekolah menengah
KategoriPelajar, Sekolah, Daerah (PPD) dan Negeri (JPN)

Atur cara penuh, waktu ketibaan dan senarai barang yang perlu dibawa akan diterbitkan di sini sebelum acara.

Cara Finalis Dijemput

Pasukan Pandai akan menghubungi setiap finalis yang layak terus melalui WhatsApp bermula 4 September 2026. Tiada borang berasingan untuk diisi — jika nama anda ada dalam senarai di bawah, tunggu mesej daripada kami.

Pastikan nombor telefon dalam akaun Pandai anda betul dan boleh dihubungi melalui WhatsApp.

Hall of Fame

100 pelajar terbaik bagi setiap kategori yang layak ke pusingan akhir pada 19 September.

Tekan kategori anda untuk lihat senarai penuh, atau cari nama anda untuk semak sama ada anda terpilih.

Infopack

Segala yang anda perlukan pada hari tersebut — ketibaan, atur cara, dan apa yang perlu dibawa.

Untuk tetamu yang disahkan sahaja

Butiran ini hanya terpakai kepada grand finalis yang telah menerima jemputan peribadi daripada kami dan telah mengesahkan kehadiran melalui RSVP. Jika anda tidak menerima jemputan, jadual ini tidak terpakai kepada anda.

Tarikh: Sabtu, 19 September 2026

Lokasi: Auditorium, Tingkat 3, SJKC Wu Teck, Klang

Buka dalam Google Maps

Sesi taklimat Grand Final

Sebelum hari pertandingan, kami akan mengadakan sesi taklimat khas untuk semua peserta Grand Final. Sesi ini penting untuk memastikan anda bersedia sepenuhnya — mohon luangkan masa untuk hadir.

  • Cara pertandingan dijalankan
  • Mekanik & peraturan pertandingan
  • Aturcara pertandingan & majlis
  • Perkara penting sebelum & semasa hari tersebut
  • Sesi soal jawab bersama pasukan Pandai
TarikhIsnin, 14 September 2026
Masa8:00 malam – 9:00 malam
PlatformZoom (dalam talian)

Pautan sesi akan dikongsikan di dalam kumpulan WhatsApp peserta pada hari tersebut. Sila semak kumpulan tersebut dari semasa ke semasa.

Hari Grand Final & Majlis Penyampaian Hadiah

Lokasi acara

Lokasi: Auditorium, Tingkat 3, SJKC Wu Teck, Klang

Grand Final: 8:00 pagi – 12:00 tengah hari

Majlis penyampaian hadiah: Pendaftaran 11:00 pagi · Majlis 1:00 – 4:00 petang

Tempat letak kereta

  • Tempat letak kenderaan disediakan di kawasan yang ditetapkan serta di luar kawasan sekolah.

Pakaian

  • Smart casual untuk murid, pengiring, ibu bapa dan guru.
Surat jemputan rasmiSurat Hebahan Jemputan Pertandingan Grand Final JDP Pandai 2026.pdf

Surat ini boleh dikemukakan kepada pihak sekolah untuk urusan kebenaran, atau disimpan sebagai rujukan anda.

Buka surat

Siapa yang boleh mengiringi murid?

  • Seperti yang telah dinyatakan dalam RSVP di WhatsApp, ibu bapa, penjaga atau guru sekolah boleh menjadi pengiring murid ke Grand Final.
  • Perbincangan mengenai siapa yang mengiringi boleh dilakukan bersama antara keluarga dan pihak sekolah.
  • Semasa pusingan Grand Final berlangsung, hanya seorang pengiring dibenarkan masuk ke dalam dewan bersama murid.
  • Bagi majlis penyampaian hadiah selepas itu, semua pengiring dijemput masuk, dengan keutamaan diberikan kepada pengiring murid Top 10.

Penginapan

  • Penginapan tidak disediakan oleh Pandai. Bagi murid yang datang dari jauh dan ingin menginap berhampiran lokasi pada malam sebelumnya, penginapan boleh dicari di sekitar Bandar Botanik atau AEON Mall Bukit Tinggi.
  • Sebarang kos penginapan ditanggung sendiri.

Apa yang perlu dibawa pada hari tersebut

Wajib: telefon pintar dengan data mudah alihBawa telefon pintar dengan sambungan data mudah alih sendiri. Sambungan yang stabil amat digalakkan kerana setiap kuiz dan setiap permainan bergantung padanya, begitu juga keputusan anda. Sila jangan bergantung pada Wi-Fi di lokasi.
  • Telefon pintar dan data mudah alih. Tablet dibenarkan sekiranya anda yakin dengan kestabilan sambungannya.
  • Pastikan telefon yang dibawa berfungsi dengan lancar. Prestasi anda bergantung kepada peranti tersebut.
  • Komputer riba tidak dibenarkan memandangkan ruang, bekalan kuasa dan sambungan internet di lokasi adalah terhad.
  • Alat tulis dan buku nota kosong, sekiranya diperlukan untuk pengiraan.
  • Kalkulator dibenarkan.
  • Bekalan kuasa mudah alih (power bank) yang telah dicas penuh.

Nota

  • Pasukan Pandai tidak menyediakan sebarang peranti untuk peserta.
  • Pasukan Pandai tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan barangan peribadi.

Atur cara tentatif

MasaAtur cara
8:00 pagiPendaftaran
9:00 pagiPertandingan bermula
11:00 pagiPertandingan tamat
2:00 petangPenyampaian Anugerah
4:00 petangPenutupan dan sesi fotografi
Proses Grand Final

Pendaftaran

Langkah 1/6

Murid hadir ke meja pendaftaran untuk mengesahkan kehadiran.

  • Kod adalah GFR001 hingga GFR100 bagi murid sekolah rendah dan GFM001 hingga GFM100 bagi murid sekolah menengah, diberikan dalam susunan rawak.
GFRSekolah Rendah
GFMSekolah Menengah

Round system

Pilih mana-mana round untuk melihat butirannya.Tiada penyingkiranPenyingkiranKedudukan dirahsiakan
Round 1Tiada penyingkiran

Round 1: semua peserta bertanding, tiada penyingkiran. Semua kekal ke Round 2. Setiap peratusan di bawah dikira daripada jumlah keseluruhan peserta yang hadir.

Kuiz 8 minitPermainan 3 minitBuffer 2 minit

Setiap round terdiri daripada sesi kuiz, diikuti sesi permainan, dan seterusnya keputusan di penghujung round tersebut — 15–20 minit kesemuanya.

Markah tidak dibawa ke hadapan

  • Markah yang diperoleh dalam sesuatu round tidak dibawa ke round seterusnya.
  • Penyingkiran ditentukan berdasarkan markah round tersebut sahaja — setiap round bermula semula dari 0 markah.

Sesi kuiz

Nadia menjawab kuiz pada tabletnya
  • Setiap murid akan menerima kuiz mengikut tahap masing-masing; sebagai contoh, murid Tahun 1 akan menerima soalan Tahun 1 sahaja.
  • Setiap set kuiz mengandungi 20 soalan.
  • Subjek yang terlibat ialah subjek teras: Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Jawapan yang betul tidak dipaparkan selepas menjawab; jawapan akan direkodkan oleh sistem.
  • Soalan dipaparkan dalam susunan rawak, jadi tiada dua murid akan menerima susunan soalan yang sama.
  • Setiap set soalan diperuntukkan 8 minit.
  • Semua jenis akaun boleh mengakses set soalan Grand Final — Pandai Premium, Premium Lite mahupun akaun percuma.

Sesi permainan

Aidan dan Nadia bersama PBot
  • Tujuh permainan ditetapkan dalam sistem, satu bagi setiap round.
  • Murid sekolah rendah dan menengah akan menerima permainan yang sama.
  • Setiap permainan diperuntukkan 3 minit.
  • Sepuluh permainan dibuka untuk latihan sehingga hari Sabtu, namun hanya tujuh digunakan pada hari pertandingan.

Buffer time

  • Slot buffer time dalam setiap round digunakan untuk memaparkan dan mengira markah setiap peserta bagi round tersebut.

Cara markah round dikira

Markah kuizMarkah gameJumlah markah round
  • Sebaik markah dipaparkan, proses penyingkiran diteruskan serta-merta — terpakai untuk Round 2 hingga 6.
  • Round 1 — buffer time disediakan untuk juruacara dan pengulas membuat pengumuman.
  • Round 2 hingga 6 — pusingan penyingkiran.
  • Round 7 — penutupan sebelum majlis penyampaian hadiah.

Pusingan penyingkiran

  • Round 1: semua peserta bertanding, tiada penyingkiran. Semua kekal ke Round 2. Setiap peratusan di bawah dikira daripada jumlah keseluruhan peserta yang hadir.
  • Round 2: 100% peserta bertanding. Setelah round tamat, 80% teratas kekal ke round seterusnya dan 20% tersingkir.
  • Round 3: 80% peserta bertanding. Setelah round tamat, 60% teratas kekal ke round seterusnya dan 20% tersingkir.
  • Round 4: 60% peserta bertanding. Setelah round tamat, 40% teratas kekal ke round seterusnya dan 20% tersingkir.
  • Round 5: 40% peserta bertanding. Setelah round tamat, 20% teratas kekal ke round seterusnya dan 20% tersingkir.
  • Round 6: 20% peserta bertanding. Setelah round tamat, 10 murid teratas layak ke round akhir dan selebihnya tersingkir.
  • Round 7: 10 peserta terakhir bersaing menentukan kedudukan Top 10.
  • Grid penyingkiran akan dipaparkan pada skrin utama.
  • Murid yang tersingkir pada Round 2 hingga 6 dijemput ke kaunter pengambilan hadiah untuk menerima Token Top 100 Grand Final JDP 2026.

Papan kedudukan langsung

Papan kedudukan · langsung
1
2
3
4
5

Ilustrasi sahaja — papan sebenar memaparkan nama dan markah sebenar pada hari acara.

  • Papan kedudukan akan dipaparkan secara langsung di skrin utama dewan sepanjang pertandingan.
  • Jika anda tidak dapat berada di dalam dewan, jangan risau — pasukan kami akan menyediakan pautan QR untuk anda mengikuti papan kedudukan secara masa nyata dari mana sahaja.
  • Pautan tersebut akan dikongsikan pada hari acara di dalam kumpulan WhatsApp rasmi hadirin Grand Final.
Hadiah & majlis penyampaian hadiah

Hadiah Grand Finalist

Apa yang dibawa pulang mengikut kedudukan pada hari tersebut.

Tempat pertamaRM 2,000
Wang tunaiPialaMock chequeMerchandiseSijil
Diberikan untuk kedua-dua kategori Grand Finalist dan Ranking.
Tempat keduaRM 1,500
Wang tunaiPialaMock chequeMerchandiseSijil
Diberikan untuk kedua-dua kategori Grand Finalist dan Ranking.
Tempat ketigaRM 1,000
Wang tunaiPialaMock chequeMerchandiseSijil
Diberikan untuk kedua-dua kategori Grand Finalist dan Ranking.
Tempat keempat – kesepuluhRM 300
Wang tunaiPialaSijil
Diberikan untuk kedua-dua kategori Grand Finalist dan Ranking.
Pelajar|10 Terbaik|Final Round
Piala dan mock cheque
Kategori Rendah & MenengahWang Tunai+Trofi Eksklusif+Sijil Eksklusif
Sekolah|5 Terbaik|Final Round
Piala dan mock cheque
Kategori Rendah & MenengahWang Tunai (Sumbangan)+Trofi Eksklusif+Sijil Eksklusif+Hadiah Istimewa
Daerah|5 Terbaik|Keseluruhan
Piala dan mock cheque
Kategori PPD (USTP)Trofi Eksklusif+Token Penghargaan+Hadiah Istimewa
Negeri|3 Terbaik|Keseluruhan
Piala dan mock cheque
Kategori JPN (SSTP)Trofi Eksklusif+Token Penghargaan+Hadiah Istimewa
  • Empat anugerah ini ialah anugerah kategori: Murid, Sekolah, Daerah (PPD) dan Negeri (JPN). Ia berasingan daripada hadiah kedudukan di atas.

Kaunter pengambilan hadiah

  • Setiap murid yang menyertai Grand Final akan menerima hadiah.
  • Murid yang telah tersingkir boleh menuntut pingat dan pek cenderahati di kaunter pengambilan hadiah.

Sekiranya tidak hadir

  • Sijil dan pingat Grand Final hanya diberikan pada hari acara. Murid yang tidak hadir hanya akan menerima sijil penyertaan JDP atau sijil pencapaian bulanan sahaja.

Murid yang tersingkir

  • Murid yang telah tersingkir dijemput menghadiri majlis penyampaian hadiah yang bermula pada pukul 1:00 petang.
  • Setelah menerima token, murid dialu-alukan untuk terus bersama kami di majlis penyampaian hadiah. Sekiranya anda perlu berangkat pulang lebih awal, kami amat memahami — walaupun tiada hadiah lanjut diberikan selepas token tersebut.
  • Tempat duduk bebas disediakan di dalam dewan, dengan 292 tempat duduk untuk semua.
  • Tempat duduk diutamakan kepada murid yang menerima pengiktirafan Top 10 bagi setiap kategori, sekolah rendah dan sekolah menengah. Tempat duduk selebihnya dibuka kepada semua mengikut keutamaan kedatangan.

Murid Top 10

  • Murid yang berjaya sampai ke round 7 dijemput menghadiri majlis penyampaian hadiah dan menerima hadiah di atas pentas.
  • Kedudukan Top 10 akan diumumkan di atas pentas.

Maklumat lanjut?

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila klik butang di bawah untuk bantuan selanjutnya.

PENAFIAN

Peraduan/kandungan/promosi ini dianjurkan sepenuhnya oleh Pandai Education Sdn Bhd. Ia tidak ditaja, disokong, dikendalikan oleh, atau mempunyai kaitan dengan Apple Inc. Sebarang maklumat yang diberikan berkaitan dengan peraduan ini adalah untuk Pandai Education Sdn Bhd dan bukan kepada Apple.

Dengan menyertai, anda mengakui bahawa Apple dilepaskan daripada sebarang tanggungjawab dan liabiliti yang berkaitan dengan peraduan ini.