Bantu pelajari subjek secara interaktif, 50 Aplikasi Pandai Premium disumbang ke PREPKOM, YWP
18 Jun 2024
BAGI meningkatkan kualiti pembelajaran khususnya kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyumbang 50 Aplikasi Pandai Premium kepada Pusat Pemerkasaan Pendidikan dan Komuniti (PREPKOM), Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di sekitar Kuala Lumpur.
Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara telah melancarkan inisiatif ‘Memperkasakan Pembelajaran Dalam Talian’ untuk membantu khususnya golongan pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi mendapatkan akses pendidikan digital untuk menghadapi peperiksaan SPM.
Media Inquiries
For any media inquiries, please do reach out to us via
e-mail or head over to our social media @pandaiofficial .