PANDAI SUPERSTAR CHALLENGE
Terma Dan SYARAT PERTANDINGAN
1. Pengenalan
Program Pandai Superstar Challenge adalah pertandingan yang direka untuk memberi peluang kepada murid di satu daerah untuk bersaing dan mengumpul markah melalui aktiviti dalam aplikasi Pandai.
Peserta akan menjawab soalan dalam empat kategori utama: Kuiz, Ujian Topikal, Peperiksaan, dan Tugasan (Guru/Tutor). Markah yang dikumpul daripada kesemua kategori ini akan digabungkan dan dipaparkan dalam Leaderboard.
Cara Penyertaan
Murid perlu memilih sekolah yang betul semasa mengemas kini akaun Pandai mereka untuk menjadi peserta dalam program ini.
Setelah memilih sekolah, murid secara automatik akan didaftarkan untuk menyertai Pandai Superstar Challenge.
Penyertaan adalah terbuka untuk semua murid yang mendaftar dan mengemas kini akaun mereka dengan memilih sekolah yang berada di daerah tersebut.
Sila pastikan setiap murid hanya menggunakan 1 akaun Pandai sahaja, jika didapati murid menggunakan lebih dari 1 akaun, hanya akaun dengan markah paling tinggi akan dikira sebagai peserta.
3. Aktiviti dan Pengumpulan Markah
Peserta akan mengumpul markah melalui empat aktiviti dalam aplikasi Pandai:
Kuiz: Menjawab soalan yang tersedia.
Topical Test: Menghadapi ujian untuk topik-topik tertentu.
Exam Set: Menyelesaikan set ujian dengan pelbagai soalan.
Assessment: Penilaian yang akan mengumpulkan markah untuk menentukan kedudukan peserta.
Sistem Markah Star Points ⭐️: Star Points adalah markah rasmi Pandai Superstar Challenge yang dikira berdasarkan pengumpulan Skor Pandai melalui aktiviti kuiz, peperiksaan, ujian topikal, dan tugasan dalam aplikasi sepanjang tempoh cabaran.
Setiap markah mingguan Skor Pandai akan ditukarkan kepada Star Points ⭐️ menggunakan formula khas bagi memastikan persaingan yang adil, stabil, dan memberi ganjaran kepada murid yang belajar secara konsisten. Keputusan pemenang akhir adalah berdasarkan jumlah terkumpul Star Points ⭐️ bagi ketiga-tiga minggu cabaran.
Leaderboard: Gabungan semua markah ini akan dikira secara automatik dan dipaparkan dalam leaderboard yang menunjukkan kedudukan peserta dalam program ini.
4. Pemeriksaan dan Keadilan
Sistem kami akan mengesan sebarang aktiviti yang tidak sah atau luar kebiasaan, seperti menjawab soalan dalam kelajuan yang tidak realistik atau menggunakan banyak peranti untuk menjawab soalan.
Sebarang aktiviti yang menunjukkan tanda-tanda spamming atau penggunaan bot akan diberi amaran atau digantung (banned) secara automatik.
Sistem Flag ⚠️ : Akaun yang menunjukkan kelakuan mencurigakan dan melakukan aktiviti luar kebiasaan akan diberikan 3 kali flag oleh sistem. Setelah 3 kali flag diberikan, akaun tersebut akan digantung dan markah peserta tidak akan dipaparkan dalam leaderboard.
Rayuan
Jika murid percaya terdapat kesilapan dalam sistem atau ingin memberikan penjelasan mengenai cara mereka menjawab sejumlah besar soalan dalam masa yang singkat, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada pihak penganjur.
Walaubagaimanapun, murid tetap boleh mengakses Pandai seperti biasa mengikut jenis akaun/langganan yang digunakan.
Rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan budi bicara panel penilai yang terdiri daripada Team Pandai dan Guru-guru yang terlibat dalam program ini.
Pihak Penganjur Berhak Mengambil Keputusan Muktamad
Keputusan mengenai aktiviti yang tidak sah, penggantungan akaun, dan penyertaan dalam program adalah muktamad dan akan dibuat dengan teliti untuk memastikan keadilan kepada semua peserta.
Pihak penganjur juga berhak untuk mengubah terma dan syarat program tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Pematuhan Terhadap Terma & Syarat
Dengan menyertai Pandai Superstar Challenge, setiap peserta bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh penganjur.
Terima kasih kerana menyertai Pandai Superstar Challenge! ⭐️
Kami mengutamakan keadilan dan memastikan setiap peserta berpeluang yang sama dalam pertandingan ini.
PENAFIAN
Pertandingan/kandungan/promosi ini dianjurkan sepenuhnya oleh Pandai Education Sdn Bhd. Ia tidak ditaja, disokong, dikendalikan oleh, atau mempunyai kaitan dengan Apple Inc. Sebarang maklumat yang diberikan berkaitan dengan peraduan ini adalah untuk Pandai Education Sdn Bhd dan bukan kepada Apple.
Dengan menyertai pertandingan ini, pihak murid dan sekolah bersetuju untuk memberikan data bagi tujuan promosi, penambahbaikan program, dan hebahan info melalui platform (seperti emel & Whatsapp). Anda juga mengakui bahawa Apple dilepaskan sepenuhnya daripada sebarang tanggungjawab dan liabiliti yang berkaitan dengan pertandingan ini.