PANDAI SUPERSTAR CHALLENGE

Terma Dan SYARAT PERTANDINGAN

1. Pengenalan

  • Program Pandai Superstar Challenge adalah pertandingan yang direka untuk memberi peluang kepada pelajar di Negeri Perak untuk bersaing dan mengumpul markah melalui aktiviti dalam aplikasi Pandai.

  • Peserta akan menjawab soalan dalam empat kategori utama: Kuiz, Topical Test, Exam Set, dan Assessment. Markah yang dikumpul daripada kesemua kategori ini akan digabungkan dan dipaparkan dalam Leaderboard.

  1. Cara Penyertaan

  • Pelajar perlu memilih sekolah di Negeri Perak semasa mengemas kini akaun Pandai mereka untuk menjadi peserta dalam program ini.

  • Setelah memilih sekolah, pelajar secara automatik akan didaftarkan untuk menyertai Pandai Superstar Challenge.

  • Penyertaan adalah terbuka untuk semua pelajar yang mendaftar dan mengemas kini akaun mereka dengan memilih sekolah yang berada di Negeri Perak.

3. Aktiviti dan Pengumpulan Markah

  • Peserta akan mengumpul markah melalui empat aktiviti dalam aplikasi Pandai:

    • Kuiz: Menjawab soalan yang tersedia.

    • Topical Test: Menghadapi ujian untuk topik-topik tertentu.

    • Exam Set: Menyelesaikan set ujian dengan pelbagai soalan.

    • Assessment: Penilaian yang akan mengumpulkan markah untuk menentukan kedudukan peserta.

  • Leaderboard: Gabungan markah dari semua kategori ini akan dikira dan dipaparkan dalam leaderboard yang menunjukkan kedudukan peserta dalam program.

4. Pemeriksaan dan Keadilan

  • Sistem kami akan mengesan sebarang aktiviti yang tidak sah atau luar kebiasaan, seperti menjawab soalan dalam kelajuan yang tidak realistik atau menggunakan banyak peranti untuk menjawab soalan.

  • Sebarang aktiviti yang menunjukkan tanda-tanda spamming atau penggunaan bot akan diberi amaran atau digantung (banned) secara automatik.

  • Sistem Flag โš ๏ธ : Akaun yang menunjukkan kelakuan mencurigakan dan melakukan aktiviti luar kebiasaan akan diberikan 3 kali flag oleh sistem. Setelah 3 kali flag diberikan, akaun tersebut akan digantung dan markah peserta tidak akan dipaparkan dalam leaderboard.

  1. Rayuan

  • Jika pelajar percaya terdapat kesilapan dalam sistem atau ingin memberikan penjelasan mengenai cara mereka menjawab sejumlah besar soalan dalam masa yang singkat, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada pihak penganjur.

  • Walaubagaimanapun, pelajar tetap boleh mengakses Pandai seperti biasa mengikut jenis akaun/langganan yang digunakan.

  • Rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan budi bicara panel penilai yang terdiri daripada Team Pandai dan Guru-guru yang terlibat dalam program ini.

  1. Pihak Penganjur Berhak Mengambil Keputusan Muktamad

  • Keputusan mengenai aktiviti yang tidak sah, penggantungan akaun, dan penyertaan dalam program adalah muktamad dan akan dibuat dengan teliti untuk memastikan keadilan kepada semua peserta.

  • Pihak penganjur juga berhak untuk mengubah terma dan syarat program tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

  1. Pematuhan Terhadap Terma & Syarat

  • Dengan menyertai Pandai Superstar Challenge, setiap peserta bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh penganjur.

Terima kasih kerana menyertai Pandai Superstar Challenge! โญ๏ธ

Kami mengutamakan keadilan dan memastikan setiap peserta berpeluang yang sama dalam pertandingan ini.

PENAFIAN

Peraduan/kandungan/promosi ini dianjurkan sepenuhnya oleh Pandai Education Sdn Bhd. Ia tidak ditaja, disokong, dikendalikan oleh, atau mempunyai kaitan dengan Apple Inc. Sebarang maklumat yang diberikan berkaitan dengan peraduan ini adalah untuk Pandai Education Sdn Bhd dan bukan kepada Apple.

Dengan menyertai, anda mengakui bahawa Apple dilepaskan daripada
sebarang tanggungjawab dan liabiliti yang berkaitan dengan pertandingan ini ini.